Antara Khayalan Dan kenyataan Dalam Hidup Menuju Kehidupan
Rabu, 23 September 2009
CERPEN TANAH PUSAKA 11
"Milah, kau dah masukkan dalam kotak semua pakaian dan pinggan mangkuk itu?" tanya Mak Munah. "Sudah Mak,"jawab Milah dengat lembut. "Mana adik adik kau yang lain?' soal Mak Munah lagi. "Mereka semua ada dibelakang rumah pergi tengok Angah robohkan reban ayam."
Mak Munah bingkas bangun, terus ke belakang rumahnya. Dilihat anak anaknya Azman, Mira dan Azmi bergotong royong merobohkan reban ayamnya. "Man, kemari nak." '"Man, mak ingat kita jualkan sajalah ayam ayam ni semunya." usul Mak Munah. "Tapi kenapa mak?" soal Azman.
"Sudah bertahun Man pelihara ayam ayam ni, tiba tiba saja Mak suruh jualkan. Inikan hasil usaha Man sendiri. Man tak setuju." bantah Azman yang mula bergenang airmatanya. Mak Munah tahu anaknya itu amat sayang dengan ayam ayam tersebut tapi apa boleh buat dalam keadaan sekarang ini tiada jalan lain lagi yang dapat diambil selain menjual sahaja ayam ayam tersebut.
"Kita ni tempat tinggal pun belum tahu lagi Man, inikan pula ayam ayam tu, mana kita nak tarok. Lagi pun kalau kita jualkannya, duit hasil jualan tu bolehlah kita gunakan untuk tambahkan belanja dapor kita." pujuk Mak Munah. Betul juga kata kata Maknya itu, fikir Azman. Mak Munah masih menunggu jawapan Azman.
Suasana sunyi beberapa ketika. Kelihatan Mira dan Azmi sedang sibuk memberi semua ayam ayam itu makan. Setelah agak lama Azman termenung memikirkan cadangan Maknya itu, dia pun bersuara dengan tersekat sekat,"baiklah Mak, Man setuju tapi Mak mesti janji pada Man yang bila kita dah ada rumah sendiri nanti, Man nak pelihara semula ayam. "Baiklah Man, Mak setuju." jawab Mak Munah menarik nafas lega.
"Assalammualaikum, assalammualaikum, Munah." Kedengaran satu suara dari arah hadapan rumahnya. "Waalaikumsalam," jawab Mak Munah. "Oh Mak Itam rupanya. Ada apa Mak Itam?"
"Begini Munah, aku dengar Pak Mail yang baru meninggal tu, kau kan tau dia tu, isterinya pun dah meninggal lama juga, tak ada anak anak pulak tu." Mak Itam memulakan ceritanya. "Jadi dia wakafkan tanahnya yang dibelakang rumah aku tu pada baitulmal, untuk siapa siapa yang tak ada tempat tinggal. Jadi aku datang ni nak suruh kau pergi mohon pada baitulmal, sebab setahu aku masih ada kawasan yang kosong lagi." tambah Mak Itam lagi.
"Tapi saya... "Tak ada tapi tapinya lagi Munah, lagi cepat kau pergi lagi cepat kau dapat." usul Mak Itam lagi. "Sementara nak buat rumah tu Mak Itam, mana kami anak beranak nak tinggal?" Mak Munah bertanya dengan nada perlahan bercampur sedih.
"La... rumah aku kan ada, sementara orang nak buat rumah baru kau tu, kau anak beranak tinggal aje kat rumah aku. Bukannya ada siapa. Anak anak aku semuanya dah ada rumah sendiri." jawab Mak Itam.
Dengan linangan airmata Mak Munah terus memeluk Mak Itam sambil berkata, "terimakasih Mak Itam, terimakasih. Saya tak tahu dengan apa saya nak balas budi baik Mak Itam ni. Saya fikir dah tak ada orang yang nak pedulikan saya anak beranak. Amat mulia hati Mak Itam."
"Janganlah kau cakap macam tu, Munah. "Kita ni sesama Islam, sekampung pulak tu, kalau kita tak mahu tolong menolong sesama kita, siapa lagi?" Mak Itam bersuara sayu. "Sudahlah, cepat cepat kau kemaskan barang barang kau, nanti sekejap lagi budak Ajis sebelah rumah aku tu dengan kawan kawannya, datang dengan lori, tolong kau angkat barang barang. Sekali lagi hati Mak Munah terusik dengan kebaikan Mak Itam.
Sejak hari itu tinggallah Mak Munah anak beranak dirumah Mak Itam sementara menunggu rumah barunya siap. Selepas setahun Mak Munah tinggal di rumah Mak Itam, rumahnya pun siap, itupun sekadar sebuah rumah kecil yang zink dan papan papan dindingnya diambil dari rumah lamanya. Dia sudah berpesan pada si tukang buat rumah tu supaya zink dan papan dinding rumah lamanya tu jangan dipecahkan sebab dia tak ada duit nak beli papan dan zink baru.
Walaupun sudah berpindah ke rumahnya sendiri, Mak Munah selalu juga datang menjengok Mak Itam yang sudah tua tu. Anak anaknya pun selalu bermain main di halaman rumah Mak Itam.
Suatu hari sedang Mak Munah memasak didapur, kedengaran suara anak bungsunya Azmi memanggilnya cemas. "Mak cepat mak! cepat mak! Atuk Itam sakit. Tadi masa Mi main main dengan Kak Mira, Mi terdengar satu benda jatuh dari dalam rumah Atuk." Azmi menceritakan pada maknya.
Tanpa membuang masa Mak Munah segera berlari ke arah rumah Mak Itam. Tapi alangkah terperanjatnya Mak Munah bila dia melihat anaknya Mira menangis sambil menggoyang goyangkan badan Mak Itam. "Atuk, bangunlah! Atuk bangunlah! bangunlah!" Mira memanggil manggil nama Mak Itam lagi.
Dilihatnya Mak Itam sudah tidak bergerak lagi. Mak Munah tahu Mak Itam sudah tiada lagi.
Mak Munah tiga beranak menangis dengan sekuat kuatnya. Mak Munah berasa sangat sedih disaat Mak Itam meninggal dunia tiada orang lain disisinya melainkan anaknya si Mira yang masih kecil itu. Dia terus mengambil kain batik lepas menutup sekujur tubuh Mak Itam.
Dengan limpahan air mata Mak Munah berdoa, "Ya Allah, kau sahaja tempat aku mengadu, yang mengetahui apa yang berlaku. Aku bermohon padamu Ya Allah kau lepaskanlah Mak Itam dari azab kubur, kau selamatkanlah dia dari azab api neraka. Kau masukkanlah dia bersama sama orang orang yang beriman. Sesungguhnya kaulah yang maha pengasih dan penyayang."
Tiba tiba awan mendung, hujan pun turun dengan lebatnya seolah olah turut sama menangisi pemergian Mak Itam.
0 Comments:
Posting Komentar
<< Home